Mencari sesuatu?

Sunday 20 November 2011

Cinta ada baik mahupun buruk.

    Dengan Nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.


    Tanyalah pada mana-mana anak gadis, berapa kali mereka mahu bercinta. Pastinya jawapannya begini: "Kalau boleh nak bercinta sekali, kemudian terus kahwin dengan orang itu." Saya tersenyum sinis mendengar jawapan itu. Indah sekali harapn itu. Malah lebih baik jika mula b’kenalan, kahwin dan bercinta selepas pernikahan. Walaubagaimanapun, setiap orang ada ‘dramanya’ tersendiri. Kita boleh mengharap dan bercita-cita ttapi kita tidak akan p’nah tahu apa akan terjadi pada masa hadapan.


    Orang yang bercinta selepas kahwin becerita tentang nikmatnya rasa itu. Halal dan bahagia. Orang yang bercinta pertama kali dan dapat berkahwin dengan cinta pertama tersenyum gembira hinga ke telinga. Tetapi tidak semua orang akan bertuah sebegitu. Ada yang sudah mengharungi bberapa hubungan tetapi masih gagal mendapat si dia yang sesuai. Ada pula yang tidak pernah mempunyai hubungan kerana ingin menunggu bakal suami tetapi si dia tidak muncul-muncul dalam hidup.


    Saya hanya mampu tersenyum sinis melihat mereka yang berpangkat adik merungut atau merintih kerana masih tidak mempunyai buah hati atau masih tidak berjumpa dengan si dia yang dinanti. Kakak-kakak yang lagi tua bertahun-tahun ini boleh ‘relax jer’ tetapi adik-adik pula yang bagaikan cacing kepanasan. Bersabarlah adik-adik. Masanya akan tiba, lebih-lebih lagi kmereka masih muda lagi. Ingatlah di sebalik perkahwinan yang nampak gah dengan cinta itu, ada ‘berguni-guni’ tanggungjawab yang perlu dipikul. Mungkin kita masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, maka Allah lambatkan kedatangan si dia. Percayalah, cepat atau lambat, ada hikmah yang tidak terduga di sebaliknya. ‘’Allah knows the best’’.


    Walaubagaiamanpun, tidak dinafikan golongan yang berada dalam lingkungan umur 19- 22 adalah mereka yang merasakan sifat keinginan untuk mencintai dan dicintai yang tinggi. Rasa itu tidak diundang tetapi tanpa disedari ia hadir juga. Itu memang normal, saya sudah melalui fasa hidup itu. Jika ada yang berjaya b’temu dengan si dia dan akhirnya ke jinjang pelamin, tahniah diucapkan. Semoga b’bahagia dan diredhai Allah selalu. Kepada yang tidak berjaya, jangan bimbaang. Umurmu masih muda. Perjalananmu masih panjang, insya Allah. Si dia akan tiba juga, percayalah. Jangan lupa teruskan berdoa dan berdoa dan jangan lupa membaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik daripada diri kita yang sebelum ini. Amin.

Monday 24 October 2011

Cinta Sejati dan Redha Illahi

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.

awak...
sebelum saya kenal awak...
kawan adlah segalanya buat saya



tapi..
bila hadirnya awak...
saya t'paksa m'bahagikan masa saya,antara awak dan rakan2..
saya takut kalau t'lebih yng sana, awak akan terasa..




Tapikan awak...
saya tttp nk awak tahu..
saya ttp lebihkan awak, sbb kawan biar beribu tapi cinta biar satu..





sepanajng saya kenali awak..
saya melalui detik yg sangat indah..
walaupun kadang2 sakit, ttp saya ttp bahagia..
saya xnk buat awak risau..
kerana saya ingin lihat awak sentiasa bahagia..


awak..
awak tahu cerita x, yang org selalu ckp pasal kita..
tau x awak..
orang selalu ckp kita saling mencintai..
walaupun duduk berjauhan..
betul ke awak..


Tapi satu hari tu..
awak ckp yg kita dah buat salah..
awak ckp ini bukan cara bercinta..
jadi awk nk buat apa..
lupakan saya begitu sahaja?
saya sangat sedih tau awak..


Tapi..
apa yang awak buat tu betul kan awak?
awak buat semua ni sbb awak syang saya..
awak kata..
kalau nk cinta yang sejati, kita mesti dpt cinta dari Illahi..
barulah kita akan diredhai..


Awak..
apapun saya tetap menunggu awak..
orang kata..
kalau dah dijodoh, xkan kemana..
cinta tu mmg Allah yang merancang..
hanya tunggu keizinan sahaja..


          

Friday 19 August 2011

Pernah mengalami Cinta?

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.


Rasanya mesti anda pernah mengalami cinta? Tak kira la cinta monyet atau sungguh2.
Setiap orang pasti mengalami alam percintaan, terutama terhadap hamba Allah (manusia)
Secara jujurnya,saya pernah gak mengalami cinta.
Cakap tentang cinta nie en, nk cari senang. Tapi dia nk menerimanya susah.

Tambahan pula, ramai yang sanggup mati demi cintanya. Sebagai contoh,
di Jepun pada tahun 2008. Jumlah kematian meningkat mendadak hanya
disebabkan cinta tidak kesampaian. Harap pembaca blog saya nie
tiada sifat seteruk begitulah...

Seseorang mencintai seseorang mungkin sebab harta kekayaan kebanyakannya.
Ada juga disebabkan rupa muka,badan yang sesuai dan menarik.
Bagi saya,kalau nk cinta tu biar memilih yang betul2 islam mahupun hati
yang baik dan menjaga aurat.

Mencari cinta ni mesti la yang berdekataan kebanyakkannya. Seperti di
tempat kerja yang sama,sekolah sama dan lain2....
Cinta boleh mengubah nasib seseorang, samada dari segi sifat
mahupun imej diri.

Wah, sungguh hebat kuasa cinta ini. Tetapi nk bercinta jangan
pula kita lupa akan ciptaannya. Tanpa dia (Allah), dimana kita
sekrang...