Mencari sesuatu?

Saturday 30 July 2011

Sesungguhnya Allah maha besar.

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.



   Yaa Rabbi, Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika
gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dlm setiap ujian.
Jadikanlah kami yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,
Sebijaksana Ali bin Abi Talib,Sesederhana Bilal,
Setegak Khalid bin Walid radliallahu'anhum.Amin~~
    Berkenalan dengan alif, ba, ta…berkawan dengan Sunnah & Hadis…berkasih dengan Al-Qur’an..bercinta dengan Allah & Rasul…
    Yang indah hanya sementara, Yang abadi adalah kenangan, Yang ikhlas hanya dari hati, Yang tulus hanya dari sanubari, Tidak mudah mencari yang hilang, Tidak mudah mengejar impian, Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga.
@Mencintainya:-


Tanda mencintai ALLAH ialah mencintai AL-QURAN.
Tanda mencintai Nabi S.A.W ialah mencintai SUNNAH.
Tanda mencintai SUNNAH ialah mencintai AKHIRAT.
Tanda mencintai AKHIRAT ialah memarahi DUNIA.



****

Jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMU,agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu!




Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi yg ditetapkan.


Ya Allah,jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melupakan cinta aku terhadapMu,
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Ya Muhaimin,jikaku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya,
agar tidak melebihi cintaku padaMU.


Allahu Rabbi aku minta izin,bila suatu saatku jatuh cinta
jangan biarkan cinta untukMU berkurang,
hingga membuat lalai akan adanya Engkau.

Allahu Rabbi izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta,
pilihkan utukku seorang yg hatinya penuh dgn kasihMU
dan membuatku semakin mengagumiMU.


Allah Rabbi, Bila suatu saat aku jatuh hati,
pertemukanlah kami dengan cara yang sebaiknya,
berilah kami kesempatan utk lebih m`dekati cintaMU.

Ya Allah, semoga seseorang itu adalah ''seseorang''.
yang boleh untukku ajak,
Bercinta bersama2 di syurgamu.



Tuesday 26 July 2011

Cinta 2 maksud berbeza

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.


    Dalam hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu
kita lakukan.Kedua, perkara yang suka kita lakukan. Sudah menjadi "sunnatullah",
ke2-2 perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain.Biasanya perkara yang perlu
kita lakukan adalah perkara yangtidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka
lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.
    Untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun
kitatidak suka melakukannya.Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya!
Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang
suka kita lakukan.
    Dalam hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu
keluardaripada "zon selesa" menuju "zon mencabar" kerana di zon yang mencabar
itulah letaknyakemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon
selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang,sementara zon mencabar ialah keadaan
yang kita inginkan pada masa depan.
    Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan.Kita perlu
lebih berusaha,menambah ilmu dan berani melakukan langkah2 baru dalam kehidupan.
Ringkasnya, kita perlu berubah.Tetapi perubahan itu "awkward"– yakni canggung,
kekok dan tidak selesa sifatnya.
    Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon
selesa walaupunterpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama.
Kesannya? Mereka terus gagal,hina, miskin, lemah  atau jahil kerana enggan berubah.

Sunday 24 July 2011

Untungnya dia...~

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem...


    Amboi, cantiknya. Nak jumpa kekasih?
Ya. Tak sabar sungguh. Rindunya lama tak jumpa. Sungguh, rinduku bertindih tidak rapuh.



   

    Takkan begitu sekali gayanya? Apa istimewa kekasih kamu itu?
Istimewa. Istimewanya kah? Atau istimewanya.blogspot.com. Ops, maaf ya. Istimewa kerana lama tidak jumpa tetapi rindunya tetap membara.

    Apa istimewanya dia? Rupakah? Kerjanyakah? Gayanyakah?
Istimewanya kerana nilai ukhuwwah yang terbina. Dia menghormatiku. Aku menghormatinya. Sekian lama, setiap butirnya tersimpan rapi tidak pecah di mulut, biar pecah di perut. Dia tidak mengaibkan aku. Dia sungguh ikhlas dalam berbicara. Dia punya budi pekerti mulia. Melihat wajahnya aku berasa bahagia. Dia ingatkan aku pada tuhan pencipta!

Oh, sungguhkah?
Benar. Ketahuilah sesuatu, dia adalah seorang perempuan. Namun rasa hatiku mekar bak bunga berkembang di pagi hari. Tenang dan nyaman sekali.

Untungnya dia.

Bukan, untungnya aku!

Saturday 23 July 2011

Oh, Ibu ~ Oh, Syurgaku

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.....

Aku tahu korang selalu dengar tentang tajuk ni,tapi apa salahnya jikalau kita
tegur sesama.Lagipun remaja zaman sekarang dah moden,terlalu banyak
hiburan mahupun gejala sosial.Menyebabkan mereka lalai dan lupa akan
tanggungjawab sebagai anak terhadap orang tua.

Dengan nama Allah ar Rahman ar Raheem....


    Setiap kita pasti memiliki ibu,dia adalah seorang yang paling banyak
berjasa kpd kita.Sehinggakan tidak dapat kita hitung jasa yang telah
dia lakukan.Pengorbanan yang dilakukan amatlah besar sehinggakan
sanggup mengeluarkan wang yang banyak.

    Setelah kita lahir ke dunia ini,ibu dengan sabar dan tabah mengasuh,
mendidik mahupun membesarkan kita hingga kini.Ibu melakukannya
tanpa keluh-kesah dan mengenal erti penat walaupun kadangkala
sikap kita menguji kesabarannya.

    Namun,adakalanya tanpa memikirkan segala penat lelah ibu,kita
engkar atau melawan cakap ibu terutamanya apabila ada keingginan
atau kemahuan kita yang tidak dipenuhi.Ini menyebabkan kita telah
menggores hati dan perasaannya.

    Namun demikian,seorang ibu tetap menunjukkan kasih sayangnya
yang tidak terhinggaJadi,layakkah kita membalas kasih sayang dan
kebaikkan ibu kita dengan perilaku yang menyakitkan hatinnya?
Kebanyakkan ibu ingin melihat anaknya berjaya didunia mahupun
akhirat.Tidak tergolong daripada jalan yang sesat mahupun melanggar
 perintah Allah S.W.T

    Kesimpulannya,marilah kita berubah sikap dan jangan sesekali
menyakiti hatinya.Hargailah ibu selagi hayatnya masih panjang.
Jika ibu kita sudah tiada,mendoakan dia dan mendermakan surah
al-Fatihah.Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang
beriman. InsyaAllah....

Saturday 16 July 2011

Luahan cinta lelaki depan muka.

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.

    Ini cerita tentang lelaki yang baik. Lelaki yang memperlihatkan diri seperti seorang yang bertanggungjawab. Tetapi hakikatnya itu semua adalah jalan ke arah kemungkaran.

    Ramai juga yang aku lihat, lelaki yang sedang asyik bercinta seolah-olah sedang melakonkan watak sebagai suami. Rajin menghantar si kekasih ke tempat kerja/belajar. Bila kekasih bosan di rumah pada hujung minggu, si lelaki pantas mengambil kekasih untuk di bawa bersiar-siar. Lihat sahaja pelajar-pelajar di Universiti yang di bonceng oleh teman lelaki apabila habis waktu kuliah. Lihat sahaja berapa ramai perempuan yang berdua-duan dengan teman lelaki di dalam kereta pada hujung minggu.

    Lelaki jenis inilah yang di cari-cari oleh wanita. Perwatakan lelaki yang bertanggungjawab kelihatan amat sukar untuk di perolehi dan tak boleh di lepaskan.

Tetapi ketahuilah.... Ia adalah suatu lakonan yang poyo dan menjengkelkan. Setiap kali si lelaki menghantar dan mengambil si perempuan adalah jalan menghampiri maksiat. Situasi ini adalah penyakit kepada masyarakat kita sekarang. Sikap acuh tak acuh ibubapa seolah-olah memberi lembu untuk di akikah. Memang perwatakan si  lelaki itu baik dan bertanggungjawab. Ramai sahaja ibubapa yang kata "Baik budak tu sebab rajin ambil dan hantar anak kita". Bercakap tanpa berfikir sedangkan sesuatu yang haram mampu terjadi terhadap anaknya.

    Zaman sekarang, wali itu hanya di perlukan untuk sign di atas kertas nikah. Yang ketua keluarga itu hanya sebagai tukang beri makan. Akidah anak-anak adalah tanggungjawab majlis fatwa. Bila sudah berlaku zina, itu pula menjadi tanggungjawab polis dan Jabatan Agama. Bila mengandung yang haram. Sudah menjadi tanggungjawab pusat-pusat kebajikan. Inilah sikap kita sebagai masyarakat islam. Islam yang di lahirkan. Bukan sebagai islam yang mencari erti sebenar agamanya tersendiri.


Tanggungjawab Hanya Selepas Sah Akad!


    Cukuplah wahai lelaki. Cukuplah. Hentikanlah lakonan poyo itu. Tiada dalam al-quran tertulis itu tanggungjawab engkau sebagai boyfriend. Cukuplah wahai wanita. Cukuplah. Hentikan harapan pada lelaki seperti itu. Tiada dalam al-quran tertulis lelaki seperti itu yang mampu menjamin syurga engkau kelak.
                           -- Ini sebgai contoh yang PATUT kita ikuti. InsyaAllah..--
       

    Cukuplah wahai ibu bapa. Cukuplah. Anak perempuan itu engkau jagai, bimbinglah sehingga suatu hari dia betul-betul di nikahi dengan cara yang betul. Cukuplah wahai masyarakat. Cukuplah. Bukalah minda kita. Sikap yang kelihatan baik di mata bukan bererti baik di sisi Allah s.w.t.  SEKIAN SAHAJA

Mencari Iman akibat Virus merah jambu

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem..



Pernah tidak anda membuka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program2 dan file2 di komputer hati kita? Virus yang bagaimne? Virus yg sentiasa buat hati tidk tenang namun suka dan cemburu tapi CINTA. Kalau pernah,pasti virus itu adalah virus merah jambu.


Nak tahu virus apa itu?..


Virus merah jambu atau virus cinta adlh satu jenis virus ganas yg mengakibtkn penyakit hati pada kita,dpt merembat ke seluruh network tubuh dan sgt sulit dihilangkn. Dari berbgi kes yg pernh ditemui, ternyata virus ini byk ditemui pada usia remaja sekitar umur belasan tahun@ para TEENAGER yg tidak mmpunyai sistem perthnn berupa software Iman.


Walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarg membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yg berada dlm paket software tersebut,maka akhirnya remaja2 tersebut terkena juga dgn didahului perthnn Iman yg cenderung menurun, dan virus merah jambu tersebar ke seluruh computer hati mereka.



Kalau sudah begitu,apa yg terjadi?


Maka,mulalah virus ini berjaya mengacaukan program2 dan file2 kita dgn selalu menmpilkan gmbr Syaitan yg tertawa lebar, gembira melihat kagagalan kita meraih Redha-Nya. Namun byk juga yg suka dgn pnmpilan tersebut. Pada akhirnya,virus ini membuat ‘hang’ pusat sistem otak saraf dan akal mereka.Virus ini akhirnya,dapat mengalahkn sistem otak saraf dan akal yg kita miliki. Me-nombor satukan cinta pd sesame manusia, dan menombor duakan cinta pd Ilahi


Bagaimanakah cara utk mencegahnya?


Pertama, hilangkan dulu file2 yg dpt menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu masukkan CD anti-virus yg berisi file sahsiah.exe yg akn membersihkn sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akarnya. Kalau anti-virus tidk berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software Imanmu.Kamu boleh prgi ke pusat2 yg menawarkn installer Iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau ImanKuat.doc.




Kalau sudah berhasil diinstall, pastikn komuter hatimu berkerja seprti normal kembali.Supaya tidak berulang kembali,maka seringlah membuka file DAKWAH.exe atau file UKHUWWAH.doc agar hati kita sentiase jernih dan tenang...

Wednesday 13 July 2011

Bermacam2 masalah...bermacam2 pengajarn.

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem


Aku berharap harini lebih baik dari semalam,
InsyaAllah esok lebih baik dari harini....

Diamana ada kemahuan disitu ada jalan,
dimana ada semut disitu ada kesabaran,
dimana cinta bermula disitu jugalah ceritakaku bermula....


Air yang diam jangan disangka tiada buaya,
kemungkinan ada bahaya menantinya,
mahupun cinta secara diam-diam,
jangan sangka dia tidak mengetahuinya.


Rumah besar hidung besar,
rumah tinggi hidung tinggi,
cinta hanyalah permainan semata,
bagi manusia tidak menyedarinya.


Sayang keluarga sayang semua,
benci syaitan benci semua,
mencari cinta senang ceritanya,
dia mencintai kita susah ceritanya.


Semuanya balik kepada usaha kita,
bukan takdir semata-mata.


Jika ingin mencari kebenaran,
memerlukan kejujuran,
jika ingin ramai kawan,
memerlukan tujuan.


Cinta akan bunga layu jadinya,
cinta akan manusia mati menantinnya,
cinta akan pahala pembekal syurga,
cinta akan ALLAH kekal selamanya.


Ilmu yang ada berkongsilah bersama,
pengajaran yang ada tegurlah sesama,
tetapi pahala dan dosa hanya dia yang punya.


Siapa cepat dia yang dapat,
siapa lambat dia yang sesat,
hari yang tidak diduga namanya kiamat,
tiada jalan semua menjadi mayat.


Aku xnak mati di tangan kemenangan syaitan,
aku xnk mati di tepi jalan,
tetapi aku ingin mati di tangga kejayaan!


Pakai seluar pakai baju,
tutuplah aurat di anggotamu,
Allah sayang melihatmu begitu,
Sebagai Islam wajib keatasmu.


TERIMA KASIH NAMANYA SYUKRAN.
SAMA-SAMA NAMANYA AFWAN.