Mencari sesuatu?

Sunday 20 November 2011

Cinta ada baik mahupun buruk.

    Dengan Nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.


    Tanyalah pada mana-mana anak gadis, berapa kali mereka mahu bercinta. Pastinya jawapannya begini: "Kalau boleh nak bercinta sekali, kemudian terus kahwin dengan orang itu." Saya tersenyum sinis mendengar jawapan itu. Indah sekali harapn itu. Malah lebih baik jika mula b’kenalan, kahwin dan bercinta selepas pernikahan. Walaubagaimanapun, setiap orang ada ‘dramanya’ tersendiri. Kita boleh mengharap dan bercita-cita ttapi kita tidak akan p’nah tahu apa akan terjadi pada masa hadapan.


    Orang yang bercinta selepas kahwin becerita tentang nikmatnya rasa itu. Halal dan bahagia. Orang yang bercinta pertama kali dan dapat berkahwin dengan cinta pertama tersenyum gembira hinga ke telinga. Tetapi tidak semua orang akan bertuah sebegitu. Ada yang sudah mengharungi bberapa hubungan tetapi masih gagal mendapat si dia yang sesuai. Ada pula yang tidak pernah mempunyai hubungan kerana ingin menunggu bakal suami tetapi si dia tidak muncul-muncul dalam hidup.


    Saya hanya mampu tersenyum sinis melihat mereka yang berpangkat adik merungut atau merintih kerana masih tidak mempunyai buah hati atau masih tidak berjumpa dengan si dia yang dinanti. Kakak-kakak yang lagi tua bertahun-tahun ini boleh ‘relax jer’ tetapi adik-adik pula yang bagaikan cacing kepanasan. Bersabarlah adik-adik. Masanya akan tiba, lebih-lebih lagi kmereka masih muda lagi. Ingatlah di sebalik perkahwinan yang nampak gah dengan cinta itu, ada ‘berguni-guni’ tanggungjawab yang perlu dipikul. Mungkin kita masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, maka Allah lambatkan kedatangan si dia. Percayalah, cepat atau lambat, ada hikmah yang tidak terduga di sebaliknya. ‘’Allah knows the best’’.


    Walaubagaiamanpun, tidak dinafikan golongan yang berada dalam lingkungan umur 19- 22 adalah mereka yang merasakan sifat keinginan untuk mencintai dan dicintai yang tinggi. Rasa itu tidak diundang tetapi tanpa disedari ia hadir juga. Itu memang normal, saya sudah melalui fasa hidup itu. Jika ada yang berjaya b’temu dengan si dia dan akhirnya ke jinjang pelamin, tahniah diucapkan. Semoga b’bahagia dan diredhai Allah selalu. Kepada yang tidak berjaya, jangan bimbaang. Umurmu masih muda. Perjalananmu masih panjang, insya Allah. Si dia akan tiba juga, percayalah. Jangan lupa teruskan berdoa dan berdoa dan jangan lupa membaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik daripada diri kita yang sebelum ini. Amin.

1 comment:

  1. LuckyClub Casino Site Review 2021
    Luckyclub Casino is operated by the same brand as other sports betting sites luckyclub such as Bet365 and There's a variety of games, such as blackjack,

    ReplyDelete