Mencari sesuatu?

Saturday 16 July 2011

Luahan cinta lelaki depan muka.

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.

    Ini cerita tentang lelaki yang baik. Lelaki yang memperlihatkan diri seperti seorang yang bertanggungjawab. Tetapi hakikatnya itu semua adalah jalan ke arah kemungkaran.

    Ramai juga yang aku lihat, lelaki yang sedang asyik bercinta seolah-olah sedang melakonkan watak sebagai suami. Rajin menghantar si kekasih ke tempat kerja/belajar. Bila kekasih bosan di rumah pada hujung minggu, si lelaki pantas mengambil kekasih untuk di bawa bersiar-siar. Lihat sahaja pelajar-pelajar di Universiti yang di bonceng oleh teman lelaki apabila habis waktu kuliah. Lihat sahaja berapa ramai perempuan yang berdua-duan dengan teman lelaki di dalam kereta pada hujung minggu.

    Lelaki jenis inilah yang di cari-cari oleh wanita. Perwatakan lelaki yang bertanggungjawab kelihatan amat sukar untuk di perolehi dan tak boleh di lepaskan.

Tetapi ketahuilah.... Ia adalah suatu lakonan yang poyo dan menjengkelkan. Setiap kali si lelaki menghantar dan mengambil si perempuan adalah jalan menghampiri maksiat. Situasi ini adalah penyakit kepada masyarakat kita sekarang. Sikap acuh tak acuh ibubapa seolah-olah memberi lembu untuk di akikah. Memang perwatakan si  lelaki itu baik dan bertanggungjawab. Ramai sahaja ibubapa yang kata "Baik budak tu sebab rajin ambil dan hantar anak kita". Bercakap tanpa berfikir sedangkan sesuatu yang haram mampu terjadi terhadap anaknya.

    Zaman sekarang, wali itu hanya di perlukan untuk sign di atas kertas nikah. Yang ketua keluarga itu hanya sebagai tukang beri makan. Akidah anak-anak adalah tanggungjawab majlis fatwa. Bila sudah berlaku zina, itu pula menjadi tanggungjawab polis dan Jabatan Agama. Bila mengandung yang haram. Sudah menjadi tanggungjawab pusat-pusat kebajikan. Inilah sikap kita sebagai masyarakat islam. Islam yang di lahirkan. Bukan sebagai islam yang mencari erti sebenar agamanya tersendiri.


Tanggungjawab Hanya Selepas Sah Akad!


    Cukuplah wahai lelaki. Cukuplah. Hentikanlah lakonan poyo itu. Tiada dalam al-quran tertulis itu tanggungjawab engkau sebagai boyfriend. Cukuplah wahai wanita. Cukuplah. Hentikan harapan pada lelaki seperti itu. Tiada dalam al-quran tertulis lelaki seperti itu yang mampu menjamin syurga engkau kelak.
                           -- Ini sebgai contoh yang PATUT kita ikuti. InsyaAllah..--
       

    Cukuplah wahai ibu bapa. Cukuplah. Anak perempuan itu engkau jagai, bimbinglah sehingga suatu hari dia betul-betul di nikahi dengan cara yang betul. Cukuplah wahai masyarakat. Cukuplah. Bukalah minda kita. Sikap yang kelihatan baik di mata bukan bererti baik di sisi Allah s.w.t.  SEKIAN SAHAJA

1 comment:

  1. Sorry masalah teknikal telah berlaku....tetapi yang penting adalah isinya....amalkan!~~

    ReplyDelete