Mencari sesuatu?

Friday 19 August 2011

Pernah mengalami Cinta?

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.


Rasanya mesti anda pernah mengalami cinta? Tak kira la cinta monyet atau sungguh2.
Setiap orang pasti mengalami alam percintaan, terutama terhadap hamba Allah (manusia)
Secara jujurnya,saya pernah gak mengalami cinta.
Cakap tentang cinta nie en, nk cari senang. Tapi dia nk menerimanya susah.

Tambahan pula, ramai yang sanggup mati demi cintanya. Sebagai contoh,
di Jepun pada tahun 2008. Jumlah kematian meningkat mendadak hanya
disebabkan cinta tidak kesampaian. Harap pembaca blog saya nie
tiada sifat seteruk begitulah...

Seseorang mencintai seseorang mungkin sebab harta kekayaan kebanyakannya.
Ada juga disebabkan rupa muka,badan yang sesuai dan menarik.
Bagi saya,kalau nk cinta tu biar memilih yang betul2 islam mahupun hati
yang baik dan menjaga aurat.

Mencari cinta ni mesti la yang berdekataan kebanyakkannya. Seperti di
tempat kerja yang sama,sekolah sama dan lain2....
Cinta boleh mengubah nasib seseorang, samada dari segi sifat
mahupun imej diri.

Wah, sungguh hebat kuasa cinta ini. Tetapi nk bercinta jangan
pula kita lupa akan ciptaannya. Tanpa dia (Allah), dimana kita
sekrang...

Saturday 6 August 2011

Apa kelebihan seorang lelaki

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.



Semua orang pasti mengetahui bahawa lelaki tidak sama dengan
perempuan.lelaki juga tidak akan menjadi wanita dengan 100%,
dan begitulah sebalikya.Ramai wanita menggangap lelaki sukar
difahami,begitu juga dengan pendapat lelaki.Terdapa beberapa
sifat lelaki yg dapat saya kongsi disini,agar mudar bagi pembaca
blog saya lebih mengenali sifat2 yang ada pada lelaki.

1- Hidup Lelaki Lebih Mudah.

Lelaki lebih mudah cara hidupnya b`banding dengan wanita.Kerana
itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disimpankan
dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias & berharap
lelaki faham. Tetapi lelaki lebih suka jika ia dijelaskan dgn
bahasa yang mudah,dan secara terus-terang.Sekiranya wanita tidak
jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kpd lelaki.

2- Bahasa Lelaki Berlainan.

Lelaki bercakap dengan bahasa yg berlainan. Ini yang menybabkan
lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa
yg lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita,
adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Tetapi ini bukan
bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk
memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa
yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam
bentuk kata-kata yang sebetulnya.

3- Lelaki suka membisu.

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang
sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan
dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan
sesuatu dan membisu.

4- Lelaki pentingkan kejujuran.

Sepertimana wanita, lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika
lelaki tahu yang pasangannya suka bercerita kepada wanita lain
tentang dirinya,kemunkinan besar lelaki itu tidak akan bercerita
lagi secara mesra mengenai hal2 rahsia dan lain2. Kejujuran
adalah penting bagi lelaki. Seorang lelaki mahu pasangannya
saja yang menyimpa rahsia-rahsianya.