Mencari sesuatu?

Tuesday 26 July 2011

Cinta 2 maksud berbeza

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem.


    Dalam hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu
kita lakukan.Kedua, perkara yang suka kita lakukan. Sudah menjadi "sunnatullah",
ke2-2 perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain.Biasanya perkara yang perlu
kita lakukan adalah perkara yangtidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka
lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.
    Untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun
kitatidak suka melakukannya.Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya!
Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang
suka kita lakukan.
    Dalam hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu
keluardaripada "zon selesa" menuju "zon mencabar" kerana di zon yang mencabar
itulah letaknyakemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon
selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang,sementara zon mencabar ialah keadaan
yang kita inginkan pada masa depan.
    Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan.Kita perlu
lebih berusaha,menambah ilmu dan berani melakukan langkah2 baru dalam kehidupan.
Ringkasnya, kita perlu berubah.Tetapi perubahan itu "awkward"– yakni canggung,
kekok dan tidak selesa sifatnya.
    Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon
selesa walaupunterpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama.
Kesannya? Mereka terus gagal,hina, miskin, lemah  atau jahil kerana enggan berubah.

No comments:

Post a Comment