Mencari sesuatu?

Sunday 24 July 2011

Untungnya dia...~

Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Raheem...


    Amboi, cantiknya. Nak jumpa kekasih?
Ya. Tak sabar sungguh. Rindunya lama tak jumpa. Sungguh, rinduku bertindih tidak rapuh.



   

    Takkan begitu sekali gayanya? Apa istimewa kekasih kamu itu?
Istimewa. Istimewanya kah? Atau istimewanya.blogspot.com. Ops, maaf ya. Istimewa kerana lama tidak jumpa tetapi rindunya tetap membara.

    Apa istimewanya dia? Rupakah? Kerjanyakah? Gayanyakah?
Istimewanya kerana nilai ukhuwwah yang terbina. Dia menghormatiku. Aku menghormatinya. Sekian lama, setiap butirnya tersimpan rapi tidak pecah di mulut, biar pecah di perut. Dia tidak mengaibkan aku. Dia sungguh ikhlas dalam berbicara. Dia punya budi pekerti mulia. Melihat wajahnya aku berasa bahagia. Dia ingatkan aku pada tuhan pencipta!

Oh, sungguhkah?
Benar. Ketahuilah sesuatu, dia adalah seorang perempuan. Namun rasa hatiku mekar bak bunga berkembang di pagi hari. Tenang dan nyaman sekali.

Untungnya dia.

Bukan, untungnya aku!

No comments:

Post a Comment